Select Page

Umrah Menjejak Sunnah Nabi

Umrah Menjejak Sunnah Nabi’ 12H10M / 1440/1441H

Mempraktik 24 jam Sunnah Nabi SAW dengan sessi penerangan tentang rasionalnya

12 DAYS 10 NIGHTS

Highlights :

KEISTIMEWAAN: 2 JUMAAT Menjejak tapak rumah Sayidina Abu Bakar, Al Arqam Bin Abi Arqam Rumah kelahiran Nabi SAW Tapak rumah Sayidatina Khadijah

Departure Date 2019: PAKEJ BAJET (LOW SEASON) : 26Sep-6Oct, 28Sep-8Oct, 3-13Oct, 6-16Oct & 12-22Oct 2019

PAKEJ BIASA (AKED/JED/ZAMRUD) : 17- 28Oct, 7-17Nov, 14-24Nov, 26Dis 2019 – 6Jan 2020

TARIKH CUTI SEKOLAH : 20Nov – 1 Dis 2019, 28Nov-8Dis, 11-22 Dis, 19-30Disember, 2019

Dari RM 5,590.00

*PAKEJ PENUH 3 kali makan

PROGRAM

HARI 01-02 : KLIA – MAKKAH  Berlepas ke Jeddah. Jemaah akan melalui kawasan untuk bermiqat (berniat ihram umrah) atas pesawat iaitu Qarnul Manazil yang akan dihebah oleh Kapten Kapal/Pilot.Maka bermulalah pantang larang. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

HARI 03 : ZIARAH DALAM MAKKAH  Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan). Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 04 : ZIARAH LUAR MAKKAH  Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 05 : MAKKAH  Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka’abah”

HARI 6 : ZIARAH LUAR  A. Ziarah Masjid Hudaibiyah, Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), dan berniat di miqat .Umrah bersendirian tanpa dibimbing oleh mutawwif. Sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam.

B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam. (dengan bayaran tambahan) Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki. C. Ziarah Pilihan Taif (Terbaru). Bayaran tambahan termasuk makan tengahari. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”

HARI 07 : MAKKAH – MEDINA  Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan berkumpul diLobi hotel untuk keMedina menaiki bas. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan oleh Mutawwif kelak. Setibanya di Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah untuk ke hotel yang ditetapkan. 

HARI 08 : MADINAH (ZIARAH DALAM)  Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w : “Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram” HARI 09: MADINAH (ZIARAH LUAR) Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

HARI 10 : ACARA BEBAS / ZIARAH PILIHAN DI MADINAH  Dengan bayaran tambahan, kilang Al-Quran .Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w : “Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

HARI 11 : BERLEPAS DARI MADINAH Jemaah berkumpul diLobi dan bergerak menaiki bas ke Medina Airport sekitar 45minit. Menaiki pesawat balik ke tanah air…InsyaAllah..

HARI 12 : KETIBAAN KUALA LUMPUR KLIA Selamat pulang dengan Umrah Maqbullah.

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan pergi balik dengan Saudi Airlines
  • Penginapan mengikut pakej yang dipilih 3 / 4 / 5 bintang (Mekah 200m / Madinah (50-100m)
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • 2 kali ziarah di Mekah dan 1 kali ziarah di Madinah
  • 6 malam di Mekah, 4 malam di Madinah
  • Makan 3 kali sehari
  • Visa Umrah
  • Kursus Umrah
  • Air zam zam 5 liter
  • Beg besar 24” , bag pack dan bag sandang
  • Kain Ihram (lelaki), Telekung (perempuan)
  • Perkhidmatan mutawif / mutawifah ke Raudhah
  • Insurans perjalanan
  • VAT & city tax

PENERBANGAN

  • Saudi Airlines atau setaraf

Pakej Tak Termasuk:

  • Levy Tax

Nota Makluman: Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Flight details:

TBA

AKED (3*)JED (4*)ZAMRUD (5*)
Hotel 3 Bintang
Mekah
Mira Ajyad / setaraf (200 m)
Madinah
Al Shourfah / setaraf (100 m)

dari RM 5990
Hotel 5/3 Bintang
Mekah
Al Safwah Royal 5* / setaraf
(100 m)
Madinah
Al Shourfah / setaraf (100 m)

dari RM 6890
Hotel 5 Bintang
Mekah
Al Safwah Royal / setaraf (50 m)
Madinah
Rove / setaraf (100 m)

dari RM 8690

Price

PakejBilik BerduaBilik BertigaBilik Berempat
BAJET (3*)6,3905,9905,590
AKED (3*)6,8906,2905,990
JED (4*)7,8907,1906,890
ZAMRUD (5*)10,4609,2608,690

Booking Fee Payment

Initial Booking Fee: RM 300 per person
Full Payment : 45 days from departure date

RM300.00

Related Tours

Looking for similar tours? Check these out.

Contact us today

We can personalize your trip to meet your needs.

Exclusive gifts

Get exclusive gifts and bonuses when you book your tours with us.

Exclusive gifts

Get exclusive gifts and bonuses when you book your tours with us.

Customer service guarantee

As our customers, know that you will be taken care of as a friend and family.

Customer service guarantee

As our customers, know that you will be taken care of as a friend and family.

Get more for your money

 

You will not only get great deals from us, but you will create a lifetime of memories to cherish.

 

Get more for your money

You will not only get great deals from us, but you will create a lifetime of memories to cherish.